Wednesday, October 13, 2010

DDV1532 building maintanence

1.0    PENGENALAN


Penyenggaraan kini dikaitkan dengan pulangan pelaburan dan nilai bangunan itu sendiri. Semakin besar modal awal yang diperlukan untuk membangunkan sesuatu projek bangunan,maka semakin besar pula pula pulangan yang di harapkan. Oleh sebab itu,sesuatu bangunan seperti hotel,kompleks membeli belah,pejabat atau pangsapuri perlu sentiasa dalam keadaan seperti baru iaitu dapat memenuhi fungsi dengan sepenuhnya bagi mendapatkan pulangan yang tertinggi.
Hampir setiap bangunan tidak terlepas dari daripada kecacatan atau kerosakan walaupun berbagai-bagai langkah pencegahan diambil semasa rekabentuk dan pembinaanya. Namun demikian,bangunan swasta biasanya lebih terpelihara berbanding dengan bangunan awam. Di Negara kita,banyak bangunan awam yang penting dan berharga seperti sekolah,hospital,perhentian bas dan lain-lain berada dalam keadaan yang sagat menyedihkan. Ada sesetengah pihak yang lebih suka membina bangunan baru bagi mengantikan bangunan terbiar daripada memperbaiki dan menjaganya. Keadaan ini sebenarnya biasa terjadi di Negara-negara membangun. Banyak peruntukan bagi penyenggaraan di potong dan disalurkan bagi pembinaan baru tanpa menyedari bahwa setiap bangunan baru tersebut ialah menambahkan beban peyeggaraan. Akibatnya semakin semakin banyak bangunan yang terpaksa dilupuskan jauh lebih awal daripada masa yang sepatutnya. Ini bermakna Negara kehilangan sebahagian daripada harta yang dibina daripada modal yang terhad.
Peyenggaraan bangunan sebenarnya diperlukan sebaik sahaja bangunan disiapkan. Di peringkat awal ini,kecacatan yang terjadi berpunca dari daripada reka bentuk atau pembinaan bangunan itu sendiri. Di sepanjang proses pembinaan,setiap pindaan reka bentuk yang diperlukan dan diperakukan oleh arkitek akan di tanggung oleh gunawan sebaliknya, kecacatan disebabkan oleh kecuaian semasa pembinaan akan di tanggung oleh kontraktor. Jangka masa tanggungan kecacatan selama enam atau dua belas bulan di peruntukan dalam kontrak pembinaan. Dalam tempoh tersebut kontraktor dikehendaki membaiki sebarang kecacatan yang ada dengan kosnya sendiri. Selepas tempoh tersebut berakhir,pengurus bangunan perlu menyediakan aturcara peyenggaraan selanjutnya. Apa yang perlu dipastikan adalah bangunan dapat memenuhi fungsi dengan sepenuhnya dan menghasilkan keuntungan disepanjang hayat ekonominya.


1.1           Matlamat penyenggaraan


Matlamat utama penyenggaraan adalah untuk mengurangkan seberapa
mungkin kegagalan dan kecacatan terhadap elemen dan peralatan bangunan secara
efektif dan sistematik. Secara tidak langsung, segala aspek keselamatan dan
keselesaan akan lebih terjamin bukan sahaja kepada pengguna malah kepada
pemilik dan organisasi.
Penyenggaraan yang berkesan dapat membantu untuk mengenalpasti
masalah-masalah kegagalan dan kerosakan pada sesuatu tahap masa dan keadaan
tertentu yang seterusnya dapat membantu kepada pemilihan kaedah dan bahan yang
sesuai untuk dilaksanakan. Pemilihan kaedah dan bahan yang terbaik dapat
mengelakkan penyenggaraan susulan pada komponen dan peralatan yang sama
dalam jangka masa yang terdekat. Hanya melalui penyenggaraan sahaja sesuatu elemen dan peralatan
bangunan yang rosak dapat dikembalikan kepada fungsi dan keadaan asalnya.
Tanpa tindakan penyenggaraan yang sebegini, sudah tentu akan berlakunya
pelupusan bangunan-bangunan sebelum tiba pada masanya.

1.1           Jenis-jenis penyenggaraan


Berkesan” dan “sistematik” merupakan dua kata kunci kepada kejayaan
sesuatu aktiviti penyenggaraan. Dalam konteks ini, BS 3811: 1984 telah
membahagikan penyenggaraan kepada dua bahagian utama menerusi atucara dan
perlaksanaannya, iaitu:-

(i) Penyenggaraan Terancang (planned maintenance)
(ii) Penyenggaraan Tidak Terancang (unplanned maintenance)

Kedua-dua jenis penyenggaraan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis,
sama ada penyenggaraan pencegahan atau penyenggaraan pembaikan dan
seterusnya terbahagi pula kepada jenis penyenggaraan berjadual dan penyenggaraan
berdasarkan keadaan:

1.2           Penyenggaraan terancang


Merujuk kepada British Standard BS 3811: 1984 Penyenggaraan terancang
(planned maintenance) ditakrifkan sebagai:-
“Maintenance organized and carried out with forethought, control and the used of
record to a predetermined plan”.
Ini bermakna penyenggaraan terancang adalah merupakan penyenggaraan
yang dilaksanakan menerusi rancangan pratentu yang mengambil kira segala
perancangan pada masa hadapan, aspek pengawalan dan penggunaan rekod-rekod
terdahulu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Reka bentuk perancangan dan perlaksanaan penyenggaraan ini ditunjukkan
sama ada menerusi carta, lukisan aturcara komputer yang mana setiap data-datanya
direkodkan dan diperuntukan kos perlaksanaannya. Penyenggaraan jenis ini
biasanya diapdatasikan sewaktu awal proses pembinaan dan terus dikekalkan dari
masa ke semasa.
Penyenggaraan terancang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
penyenggaraan pencegahan dan penyenggaraan pembaikan yang mana masingmasing
mempunyai tujuan dan kaedah perlaksanaannya yang tersendiri.

1.3           Penyenggaraan pecegahan

 

Penyenggaraan pencegahan merupakan penyenggaraan pratentu yang
dilaksanakan mengikut kalaan masa dan prestasi sesuatu item sebagaimana yang
telah ditetapkan. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan kemungkinan
berlakunya sebarang kerosakan atau degredasi terhadap prestasi sesuatu item.
Penyenggaraan jenis ini dilihat sebagai suatu tindakan segera yang diambil
dalam mencegah kerosakan sesuatu item tertentu bangunan. Sekiranya tindakan
awal ini diabaikan, kemungkinan kerosakan daripada item tersebut boleh
menyebabkan kerosakan kepada item-item bangunan yang lain.
Oleh kerana faktor manusia dan keadaan menjadi penentu kepada
penyenggaraan jenis ini, maka ia telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
penyenggaraan berjadual dan penyenggaraan berdasarkan keadaan.

(i) Penyenggaraan Berjadual
Ø  Penyenggaraan berjadual merupakan penyenggaraan pencegahan
yang dijalankan berdasarkan tempoh kalaan masa, saiz, operasi, dan
sebagainya. Ia memerlukan kepada pemeriksaan dan pengawalan
secara rutin terhadap kerosakan dan kegagalan elemen dan peralatan
bangunan. Melalui penyenggaraan ini, suatu tempoh masa, saiz
operasi, dan kekerapan kerosakan dan kegagalan dapat dijangkakan.
Penyenggaraan seperti ini terdiri daripada kerosakan dan kegagalan
yang berkaitan kekerapan penggunaan item-item bangunan ini dan
juga keadaan persekitarannya. Di antara kerja-kerja yang terlibat
Ialah seperti mengecat, pembersihan dan sebagainya.
(ii) Penyenggaran Berdasarkan Keadaan
Ø  Penyenggaraan jenis ini adalah merupakan penyenggaraan
pencegahan yang dilaksanakan dengan adanya pemahaman dan
pengetahuan yang sebaiknya berhubung kriteria dan keadaan bagi
sesuatu item bangunan. Maklumat-maklumat pemeriksaan kawalan
rutin yang dijalankan dari masa ke semasa. Pemeriksaan dan
kawalan dari masa ke semasa yang dilakukan ini akan mengarahkan
kepada pemilihan kaedah dan bahan-bahan yang sesuai mengikut
keadaan sebenar kegagalan dan kecacatan struktur-struktur terbabit.

1.4           Penyenggaraan pembaikan


Penyenggaraan pembaikan merupakan penyenggaraan yang dijalankan
setelah berlakunya kegagalan atau kerosakan. Ia bertujuan mengembalikan fungsi
sesuatu item yang rosak atau gagal kepada fungsi asalnya seperti yang ditetapkan.
Ia adalah sebahagian daripada jenis penyenggaraan tidak terancang.
Penyenggaraan jenis ini turut melibatkan penyenggaraan kecemasan yamg
mana perlu diberikan perhatian dengan segera untuk mengelakkan akibat yang lebih
serius berlaku.



1.1           Penyenggaraan tidak terancang


 Penyenggaraan tidak terancang merupakan penyenggaraan yang
dilaksanakan tanpa perancangan tertentu. Sebarang tindakan penyenggaraan hanya
diambil setelah aduan diterima daripada pengguna, penghuni, dan lain-lain.
Penyenggaraan jenis ini hanya menggunakan pendekatan penyenggaraan
pembaikan yang mana proses membaiki hanya dilakukan setelah kegagalan dan
kerosakan benar-benar berlaku. Saiz dan operasi kerja penyenggaraan bergantung
sepenuhnya kepada bilangan dan betapa seriusnya aduan yang diterima sebelum
mengambil tindakan-tindakan seterusnya.

1.2           Kerja-kerja penyenggaraan


Jenis-jenis penyenggaraan umumnya melibatkan tiga jenis kerja iaitu kerja
biasa, kerja segera, dan kerja kecemasan. Setiap jenis kerja ini dibezakan melalui
masa tindakannya dan jenis kegagalan yang berlaku. Bagi kerja biasa, tindakan
akan diambil dalam tempoh satu hingga tiga minggu (1-3 minggu). Manakala bagi
kerja-kerja segera, tindakan diambil dalam tempoh kurang daripada satu minggu (1-
7 hari). Seterusnya kerja-kerja kecemasan yang mana tindakan serta-merta perlu
diambil iaitu dalam tempoh satu hingga dua hari (1-2 hari). Antara aktiviti-aktiviti
penyenggaraan yang terlibat di dalam jenis kerja yang dinyatakan adalah seperti
berikut:-
(i) Kerja Servis
Ø  Kerja servis melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan pembersihan
terhadap kemudahan dan peralatan bangunan. Perkhidmatan ini
memerlukan penjadualan dan dijalankan mengikut keutamaan dan
kekerapan sesuatu peralatan atau kemudahan memerlukan kepada
penyenggaraan. Kuantiti perkhidmatan adalah bergantung kepada
saiz liputan dan bilangan peralatan sesebuah bangunan. Semakin
besar saiz liputan dan peralatan, semakin banyak kerja-kerja servis
yang diperlukan dan sebaliknya. Di antara contoh-contoh kerja-kerja
ini ialah pembersihan peralatan seperti mesin, tingkap, lantai dan
sebagainya.

(ii) Kerja Pembaikan
Ø  Kerja-kerja pembaikan dijalankan untuk menangani masalahmasalah
kegagalan dan kecacatan terhadap kemudahan dan peralatan
bangunan yang meliputi ketidaksesuaian kaedah dan bahan-bahan
yang digunakan dalam pembinaan. Maka, wajar perkhidmatan
ditumpukan pada peringkat awal setelah pembinaan selesai.
Pembaikan segera dapat mengurangkan keperluan penyenggaraan
yang lebih kerap pada kemudian hari. Kerja pembaikan
dilaksanakan berdasarkan kepada aduan dan laporan pengguna atau
pemilik berkenaan kerosakan komponen-komponen bangunan
seperti pam tandas, lampu, pendingin udara dan sebagainya yang
menjejaskan keselesaan pelbagai pihak.

(iii) Kerja Penggantian
Ø  Setiap bahan, komponen dan peralatan bagi sesebuah bangunan
mempunyai tahap dan kadar kerosakan yang berbeza yang
dipengaruhi oleh kualiti, persekitaran, dan kekerapan
penggunaannya. Oleh itu, kerja penggantian digunakan bagi
memastikan setiap item-item ini yang berada pada tahap kritikal
digantikan apabila tindakan pembaikan tidak dapat dibuat.
Pemeriksaan berjadual perlu dilakukan berterusan terhadap setiap
item yang direkodkan bertujuan mengenalpasti kegagalan dan
kerosakan. Penggantian dapat mengelakkan kesan buruk terhadap
prestasi dan fungsi bangunan. Di antara item yang perlu
diperhatikan terdiri daripada aspek struktur, mekanikal, sistem
elektrik dan sistem air yang merupakan nadi utama kepada
bangunan-bangunan.
(iv) Kerja Perlindungan
Ø  Perlindungan melibatkan kerja-kerja yang bertujuan untuk mengawal
fungsi, prestasi termasuk penampilan sesebuah bangunan.
Perlindungan perlu diberikan sepanjang hayat bangunan terbabit
kerana bangunan sentiasa terdedah kepada kerosakan dan kecacatan
yang disebabkan oleh faktor seperti cuaca, kekerapan penggunaan
dan lain-lain. Perlindungan dapat mencegah sebarang kecacatan dan
kerosakan yang lebih serius di masa hadapan. Ia dapat menjamin
ketahanan setiap komponen sepanjang penggunaannya. Contohnya,
tindakannya ialah mengecat pada permukaan luar bangunan untuk
mengawal reaksi cuaca dan serangan kulat atau fungsi.


2.0    DEFINISI STRUKTUR BANGUNAN


2.1      ASAS

·         Asas ialah unsur bangunan yang dibina khusus untuk menangung keseluruhan berat bangunan( beban mati dan beban dikenakan) dan memindahkan beban tersebut kepada tanah.Pada kebiasaanya,asas dibina dengan kedalaman satu hingga satu setenggah meter daripada aras permukaan tanah.
(sumber:Buku Teknologi Bangunan UTM)

2.2      LANTAI

·         Lantai adalah permukaan yang rata untuk menanggung beban penghuni,perabut,alatan dan kadang-kadang dinding dalam.Mengikut undang-undang kecil bangunan,lantai merupakan permukaan mana-mana tingkat bangunan termasuk rasuk,papan,batu,konkrit,besi atau apa-apa bahan yang ada kaitan dengan atau menjadi sebahagian daripada permukaan tersebut.
(Sumber:Buku Teknologi Bangunan)

2.3      DINDING

·         Dinding merupakan satu struktur yang biasanya dalam keadaan pugak.Tujuan dinding dibina adalah untuk melindungi bangunan atau bertindak sebagai pembahagi kepada ruang-ruang atau bilik-bilik.
(Sumber:Buku Teknologio Bangunan)

2.4      TANGGA

·         Tangga ialah bahagian laluan masuk atau penghubung antara lantai dalam sesebuah bangunan.Sesuatu binaan tangga mengandungi beberapa tingkat atau anak tangga yang di gunakan untuk kemudahan turun naik dari satu tingkat bangunan.Ia sama ada dibina dalam satu larian terus atau mengandungi beberapa pelantar.Oleh itu tangga boleh dibina samada dalam satu larian yang lurus atau membelok.Tiap-tiap anak tangga mengandungi bahagian yang mengufuk iaitu tempat untuk berpijak dan  bahagian pugak yang menutupi ruang di antara jejak-jejak.
(Sumber:Buku Teknologi Bangunan)

2.5      BUMBUNG

·         Bumbung merupakan elemen bangunan yang paling atas.Fungsi bumbung adalah untuk melindungi bangunan daripada hujan,panas,dan angin.Ada kalanya bumbung berfungsi sebagai melepaskan cahaya matahari ke dalam bangunan.Ia juga dibina supaya haba tidak meresap keluar terlalu banyak melaluinya.Selain itu ada kalanya bumbung boleh menambahkan kecantikan pada bangunan.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)


SENARAI JENIS KECACATAN PADA BANGUNAN

Ø  Kelembapan
Ø  Kecacatan cat
Ø  Keretakan
Ø  Karat dan reput

3.1      Definisi kelembapan

Ø  Kelebapan sering berlaku pada tembok,lantai dan siling dalam bangunan.Sifat ini mengakibatkan permukaan tembok dan siling itu bertompok-tompok basah dan lantai sentiasa lembab.Keadaan seperti ini menimbulkan suasana dalam bangunan tersebut kurang sihat.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

3.2      Kesan-kesan jika berlaku kelembapan


Ø  Kelembapan akan menimbulkan banyak masalah terhadap sesebuah bangunan dan juga kepada penghuninya.Kesan-kesan yang berikut sering berlaku antara kesan-kesan yang sering berlaku aadalah:
a)    Bahagian-bahagian buatan besi berkarat
b)    Lepa pada tembok dan siling berperoi dan tanggal
c)    Kemasan lantai tidak lekat pada dasarnya
d)    Bahagian-bahagian buatan kayu menjadi reput
e)    Cat mengelupas dan tanggal
f)     Permukaan bata berlumut
g)    Pemasangan dawai letrik menjadi rosak
h)      Suasana kurang sihat untuk kediaman


3.3      Cara-cara mengatasi


Ø  Kelembapan dapat di cegah yang tertentu semasa merancang dan membina bangunan tersebut. Beberapa factor yang di ambil kira semasa merancang bangunan ialah cuaca tempatan,kedudukan bangunan,reka bentuk bangunan dan penyeliaan rapi semasa kerja pembinaan di jalankan. Tindakan-tindakan yang lazim di ambilkan pada bangunan di Malaysia dan Negara-negara tropical ialah mengunakan lapisan kalis lembab secara mendatar atau menegak pada tempat-tempat yang tertentu dalam tembok,lantai dan bumbung di mana kemungkinan besar kelembapan akan berlaku.  Selain dari lapisan kalis lembab,kelembapan boleh di cegah dengan mengadakan lumrah hujan di bawah ambang tingkat atau ambang pintu untuk menghalang air hujan daripada mengalir masuk.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)






3.4      Definisi Kecacatan cat


Ø  Lapisan cat memerlukan penyenggaraan yang tetap dan berterusan untuk menjaga permukaanya supaya sentiasa baik. Penjagaan yang di perlukan adalah dengan mencuci permukaan untuk mengeluarkan habuk dan kotoran bagi memanjangkan hayat cat. Di samping itu,lapisan permukaan dan lapisan yang lain juga perlu di tambah.
Ø  Kecacatan cat adalah bahan moden yang di perbuat daripada bahan-bahan terbaik perlu di periksa dengan teliti sebelum digunakan supaya kemungkinan berlakunya kegagalan pada bahan-bahan tersebut dapat di minimumkan. Pembuat juga mengeluarkan arahan tentang cara-cara mengunakan bahan tersebut dan ini perlu di ikuti. Walaubagaimanapun kecacatan mungkin juga berlaku dalam pelbagai keadaan disebabkan oleh pelbagai punca seprti mutu kerja yang rendah dalam menyediakan permukaan dan meletakan bahan-bahan. Punca-punca yang lain adalah kurang pengetahuan tentang bahan,yang menyebabkan kesilapan pemasangan di tempat yang tidak sepatutnya. Ada juga kemungkinan lapisan bahan tidak melekat ke permukaan di sebabkan keadaan yang lembap
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)





3.5      Kecacatan yang disebabkan oleh punca-punca bagi sesuatu lapisan cat


1.    Mengelembung (blistering)
Permukaan cat menjadi menggelembung apabila kelembapan terperangkap di bawah lapisan cat. Kelembapan yang terperangkap akan menolak lapisan cat menjadi gelembung-gelembung kecil. Ini akan menghalang lapisan tersebut melekat pada permukaan dasar. Lapisan cat yang yang mengalami kerosakan seperti ini perlu di buang dan di gantikan dengan cat yang baru. Apa yang penting ialah punca kelembapan di hindarkan terlebih dahulu.
2.    Penjujuhan (bleeding)
Ini merupakan penyebaran bahan berwarna seperti bitumen,kreosot,enapan dammar dan lain-lain lagi yang di gunakan pada permukaan dasar. Kecacatan yang terjadi perlu di buang. Bahan pengalis stypic knotting atau cat asas aluminium perlu di letakan terlebih dahulu sebelum lapisan cat baru di sapu untuk mengelakan kesan penyebaran warna tersebut.
3.    Berkapur (chalking)
Permukaan cat menjadi debu atau bertepung disebabkan oleh pendedahan luaran. Cat berkapur perlu di keluarkan dan permukaan dasar di basuh untuk mendapatkan permukaan yang baik. Permukaan dasar  kemudianya di kaliskan dan di sapu dengan cat baru.




4.    Cissing
Cissing ialah keretakan halus di permukaan lapisan pengemas di sebabkan perbezaan tegangan,permukaan keadaan ini berlaku apabila lapisan asas di sapu di atas lapisan permukaan yang berminyak atau bergris. Lapisan pengemas yang di letakan di atas lapisan asas yang berminyak juga akan memberikan kesan yang sama.
5.    Keperoian
Keperoian merupakan pembentukan hablur-hablur putih di permukaan cat atau di bawah lapisan cat. Hablur ini terbentuk hasil pemeluwapan larutan garam daripada struktur batu bata. Keperoian ini mencacatkan rupa cat dan merosakan lapisan cat. Keperoian yang berlaku hendaklah di bersihkan,di biarkan kering untuk beberapa ketika untuk melihat perkembangannya. Jika kesannya sudah hilang,cat yang baru boleh di sapukan.










3.6      Definisi keretakan

               
Retak pada permukaan atau peda sambungan tembok merupakan kecacatan yang paling lazim di alami dalam pembinaan tembok bata dan konkrit. Keretakan berpunca daripada beberapa kemungkinan seperti :

1.     Pengecutan dan pengembangan yang berlaku pada tembok kerana cuaca berubah.
2.     Mendapan berlaku kerana beban binaan yang berlebihan atau kegagalan asasnya.
3.     Kekurangan dalam rekabentuk seperti besi tetulang yang tidak mencukupi dan sebagainya.
4.     Kesilapan dalam kerja dan pengawalan seperti bata tidak dibasahkan sebelum di ikat, pengawetan tidak dilakukan, bancuhan mortar tidak mengikut nisbah yang ditentukan dan sebagainya.
5.     Bahan-bahan yang bermutu seperti pasir mengandungi kelodak berlebihan dan sebagainya.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)







3.7      Kerosakan dan kemusnahan pada konktit bertetulang


Struktur konkrit bertetulang memerlukan penyenggaraan minimum walaupun ianya mempunyai ketahanlasakan yang tinggi berbanding bahan binaan yang lain. Ini disebabkan oleh konkrit tersebut akan mengalami kerosakan seperti keretakan atau kemusnahan disebabkan oleh beban berlebihan atau keadaan persekitaran. Bagi memastikan kaedah pembaikan yang sesuai dijalankan, beberapa proses perlu dibuat dengan teliti mengikut langkah-langkah seperti berikut :
(i) Pemeriksaan awal di tapak bangunan.
(ii) Penyiasatan dan ujian makmal terhadap sampel dijalankan.
(iii) Menganalisa dan membuat kesimpulan tentang jenis kerosakan.
(iv) Menentukan kaedah pembaikian serta kosnya.
(v) Kerja-kerja pembaikan dilakukan.
(vi) Kerja-kerja pemantauan terhadap pembaikian kerosakan dijalankan.

Sebelum menilai tahap kerosakan yang dialami oleh konkrit dan kaedah untuk membaikinya, maka kerja-kerja pemeriksaan dan penyiasatan bagi menentukan punca kerosakan tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu. Contoh kes seperti kebakaran, kerosakan konkrit jenis ini boleh dilihat dengan nyata. Walaubagaimanapun kerosakan yang lain memerlukan penyiasatan dan ujian-ujian tertentu bagi menentukan punca kerosakannya. Tidak semua kerosakan berlaku secara tiba-tiba, sebagai contohnya pemendapan yang berlaku pada asas bangunan atau lebihan beban, keretakannya
berlaku dengan mengambil masa yang panjang. Kemusnahan yang dialami oleh konkrit pula mengambil masa yang lama setelah binaan siap. Berdasarkan pengalaman, kemusnahan konkrit ini agak sukar dikenalpasti puncanya. Pembaikian ke atasnya biasanya memerlukan kerja-kerja pembaikian semula memandangkan kesukaran mengenalpasti punca sebenar berlakunya kemusnahan konkrit.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)


3.8      Keretakan pada konkrit

               
Kerosakan atau kemusnahan konkrit boleh dikatakan berlaku apabila keretakan mula kelihatan. Dengan itu penyiasatan terhadap jenis atau corak keretakan akan memberikan petanda awal untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan konkrit itu berlaku. Perlu diingatkan rekabentuk konkrit bertetulang adalah bedasarkan kepada keratan keretakan dan kebanyakan kes bagi keretakan halus atau ’crazing’ yang tidak melibatkan kes pengaratan keluli atau tindakbalas alkali-aggregat ianya tidak berbahaya dan tidak perlu dibaiki.
Keretakan berlaku apabila daya tegangan melebihi kekuatan tegangan pada
waktu ianya berlaku. Beberapa keretakan berlaku sebaik sahaja konkrit dituang
iaitu konkrit pada tahap plastik. Jika keretakan pada tahap plastik ini termasuk
pengecutan awal suhu menjadi lebar ianya akan menyebabkan pengaratan keluli
berlaku kerana terdedah dengan persekitaran. Keretakan konkrit pada tahap
’hardened’ pula disebabkan oleh beban yang berlebihan, pergerakan asas bangunan,
kebakaran ataupun konkrit yang terdedah kepada persekitaran yang teruk.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)









3.9      klasifikasi retak


Semasa siasatan dijalankan terhadap kerosakan struktur konkrit, keretakan
selalunya diklasifikasikan mengikut keadaan semulajadi, arah dan lebar keretakan
seperti berikut :
(i) Klasifikasi Retak berdasarkan Arah iaitu ’longitudinal
cracks’,’transverse cracks’, ’diagonal cracks’ atau ’random cracks’.
(ii) Klasifikasi Retak berdasarkan Lebar iaitu ’hairline cracks (0.1mm), ’fine cracks (0.1mm – 1mm), ’medium cracks’(1mm – 2mm) dan
’wide cracks’ (> 2mm).
Keretakan yang tidak aktif ialah keretakan di mana lebarnya tidak berubah.
Keretakan ini dibaiki dengan menggunakan bahan yang ’rigid’. Manakala
keretakan yang aktif pula diistilahkan sebagai keretakan di mana lebarnya berubahubah
kerana pertambahan atau pengurangan beban dan apabila perubahan suhu
berlaku. Bahan untuk membaiki keretakan ini hendaklah dari jenis ’flexible’ kerana
ia dapat membenarkan pergerakan keretakan tersebut. Keretakan menjadi lebih
aktif apabila lebarnya semakin bertambah dengan masa terutama keretakan ini
disebabkan oleh berlakunya pengaratan keluli atau pergerakan asas bangunan.
Kerja-kerja pembaikian keretakan aktif ini hendaklah didahului dengan
mengenalpasti punca sebenarnya, jika tidak keretakan masih juga berlaku selepas
pembaikian dilakukan. Arah keretakan juga memain peranan yang penting bagi mengetahui atau memilih kaedah pembaikian yang sesuai. ’Longitudinal cracks’, mendedahkan tetulang keluli kepada pencemaran dari persekitaran bagi membolehkan proses pengaratan berlaku. ’Transverse cracks’ yang berlaku mungkin serius mungkin
tidak, ianya bergantung kepada lebar keretakan, lokasi atau kawasan yang terdedah
kepada persekitaran. ’Diagonal cracks’ adalah berpunca dari kegagalan ricih dan
keretakannya terjadi secara tiba-tiba. ’Randoms cracks’ biasanya tidak berbahaya
melainkan keretakannya disebabkan oleh kebakaran atau kemusnahan oleh tindakan
kimia di dalam konkrit.


3.10   Pemantauan terhadap keretakan


               
Keretakan biasanya tidak berbahaya kecuali disebabkan oleh pengaratan keluli. Jika keretakan halus yang berlaku, kerja-kerja pembaikian tidak perlu disegerakan. Kerja-kerja pemantauan sangat-sangat diperlukan terutamanya bagi keretakan pada asas bangunan. Pergerakan keretakan boleh dikesan dengan menggunakan alat ’glass tell-tales’. Keretakan yang disebabkan oleh struktur lemah atau tekanan suhu menunjukkan perubahan yang ketara dan memerlukan pemantauan yang teliti terhadap keretakannya. Jika struktur konkrit mengalami kemusnahan yang teruk, pemantauan terhadap keretakan akan memberikan peringatan bahawa kerja-kerja pembaikian hendaklah dijalankan dengan segera. Kaedah alternatif untuk mengukur lebar keretakan ialah dengan menggunakan alat ’demountable mechanical gauge (Demec)’. Kesan terhadap tindakan suhu dan perubahan cuaca adalah diambilkira.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

6.0          KESIMPULAN


Penyenggaraan hendaklah dilihat sebagai satu fungsi yang perlu di beri keutamaan. Kerja penyenggaraan yang dilakukan berdasarkan “rosak-baiki” hendaklah dielakkan kerana tidak ekonomik. Diperingkat awal perancangan perlaksanaan penyenggaraan yang bersistematik akan melibatkan kewangan yang tinggi tetapi jika di ambil kira kos jangka panjang ianya lebih ekonomik dan praktikal. Penilaian objektif perlu dibuat sebelum keputusan di ambil samada menggunakan perkhidmatan buruh langsung atau kontraktor. Mana-mana kaedah yang dipilih hendaklah memberi kelebihan dari segi kos, kualiti, masa dan keselesaan. Tanpa memberikan penekanan kepada perkara-perkara di atas penyenggaraan sesuatu aset tidak lengkap dan keberkesanannya akan terjejas.


















10 comments:

  1. salam...sy nak mintak tolong awak email kan rujukn buku yg awk gunakn bgi isi yg awk ambik dlm buku itu blh x??...atau pon awk bgi detai ttng awak, kolej awak. or anthing about awk pnya stdy..sy perlukn rujukan untuk laporan akhir sya..harap awk dapat mmbntu sy bgi mnyiapkan kerja saya...email saya danny_che_ali@yahoo.com.my....tq atas bntuan awak..:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...huhu awak...apa yg awak post ni la yg keluar dlm soalan-soalan test tuk interview penolong jurutera KKTM..sy sgt frusttttt...pape pOm..thanksss..sy "

    ReplyDelete
  3. Salam saudara Fariz..... Kandungan peny bangunan ini memang menepati keperluan penjelasan & keterangan/informasi yg diperlukan. Saya merupakan pengajar kursus peny. bangunan menggunakan modiul cidb & bahan nota yg sama saya gunakan....syabas dan selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Bagus informasi kat sini, berpinau² otak menafsirkan apa yg ditulis.. atleast sy faham penyebab sesuatu bangunan tu retak dan kenapa dinding bila cat ada lapisan dinding bila dicat ada berkapur, banyak dah jadi pada saya ,tp x tau apa sebabnya.

    www.pakarcatdinding.com

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Asalamualaikum..saya minta izin yaa copy maklumat dari blog awak..btw saya memerlukan sumber rujukan awak untuk saya jadikan panduan buat citation.. boleh awak kongsikannya dengan saya? emel saya di ainisharir@gmail.com..terima kaseh.. :)

    ReplyDelete
  9. This is a great inspiring article.I am pretty much pleased with your good work.You put really very helpful information. Keep it up. Keep blogging. Looking to reading your next post. rope access company in Singapore

    ReplyDelete